JellyPages.com

Friday 19 October 2012

Pusat Rekreasi Ulu Bendul,Negeri Sembilan



     Taman Rekreasi Ulu Bendul terletak di kaki Bukit Angsi kira-kira 16km dari Seremban di laluan Kuala Pilah-Seri Menanti. Taman ini merupakan antara enam kawasan riadah menarik di Negeri Sembilan yang menawarkan kawasan riadah untuk bermandi-manda dengan air yang segar dan sejuk
.
      Pengunjung boleh mencuba Jungle Treking atau mendaki Gunung Angsi jika inginkan cabaran dan boleh juga memilih untuk berkemah di tapak perkemahan yang disediakan memilih untuk menyewa chalet yang disediakan untuk menikmati suasana di taman tersebut.
   Terletak kira-kira 25 kilometer dari Seremban atau lima kilometer dari pekan Kuala Pilah, TRUB menawarkan destinasi percutian keluarga dikelilingi kehijauan hutan lipur.Kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan sekitar Seremban atau kampung berhampiran, tetapi ada juga sanggup memandu dari ibu kota ke destinasi ini.





   Pengunjung pasti tertarik dengan keluasan kolam mandi buatan yang boleh memuatkan 100 orang. Ia menarik perhatian pengunjung terutama mereka yang pertama kali datang ke sini.Selain itu, kolam mandi yang lebih selamat untuk kanak-kanak disediakan berhampiran kolam utama sesuai untuk si cilik.Pembinaan kolam berasingan ini memudahkan ibu bapa memantau dan mengawasi anak mereka.

   Bagi yang mahu mandi-manda di kawasan air terjun dan sungai berbatu, mereka hanya perlu berjalan kira-kira 100 meter dari kawasan kolam mandi itu.Jika mahu mandi di jeram yang lebih dalam, mereka boleh menyusuri sungai itu, tetapi harus berhati-hati ketika melalui kawasan berbatu kerana ia agak licin manakala paras airnya lebih dalam.
   TRUB juga menyediakan lokasi perkhemahan sesuai untuk individu atau mereka yang datang secara berkumpulan.Pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya mendaki bukit, meredah hutan, memancing dan menikmati keindahan flora dan fauna.Selepas puas melakukan pelbagai aktiviti, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di gerai di parkir taman rekreasi itu.



1 comment:

  1. jow lawat blog pelancongan

    https://e-majalah2u.blogspot.my/2016/07/senarai-lokasi-hutan-lipur-air-terjun.html

    ReplyDelete