Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan
- Selangor di utara;
- Pahang di timur;
- Johor di tenggara;
- Melaka di selatan; dan
- Selat Melaka di barat
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau,Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
- Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
- Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
- Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol.
No comments:
Post a Comment