JellyPages.com

Saturday 20 October 2012

hola .. Jelita Ostrich Farm Seremban , Negeri Sembilan .. here you are .

Antara destinasi menarik yang WAJIB dikunjungi di Negeri Sembilan adalah Jelita Ostrich Farm yang berlokasi di Lot 1504, Batu 6, Mukim Pantai, Jalan Jelebu. Tanah seluas 4.2 hektar ini disahkan Malaysia Book of Records sebagai ladang burung unta pertama di Malaysia.

Terkenal sebagai pusat riadah untuk seisi keluarga, ladang ini bukan sahaja membiakkan burung unta semata-mata malah menggunakan segala kelebihan yang ada pada burung tersebut.

Para pengunjung berpeluang memberi burung unta makan dan menunggang burung tersebut.Aktiviti perlumbaan burung unta, adalah yang pertama di Asia.



Lebih menarik lagi, pengunjung dapat merasai satay burung unta yang turut disediakan di sini.

Friday 19 October 2012

Port Dickson,Negeri Sembilan






Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan.
Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya relaks.
Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.




Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.
                                 
Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya ialah Ilham Resort, PD Marina, Tanjung Tuan Beach Resort, Guoman,Tiara Resort, Corus Paradise Resort, Glory Beach Resort, Residensi Hotel, Hotel Costa Rica dan Hotel Sri Malaysia .
  
  
     



Pusat Rekreasi Ulu Bendul,Negeri Sembilan



     Taman Rekreasi Ulu Bendul terletak di kaki Bukit Angsi kira-kira 16km dari Seremban di laluan Kuala Pilah-Seri Menanti. Taman ini merupakan antara enam kawasan riadah menarik di Negeri Sembilan yang menawarkan kawasan riadah untuk bermandi-manda dengan air yang segar dan sejuk
.
      Pengunjung boleh mencuba Jungle Treking atau mendaki Gunung Angsi jika inginkan cabaran dan boleh juga memilih untuk berkemah di tapak perkemahan yang disediakan memilih untuk menyewa chalet yang disediakan untuk menikmati suasana di taman tersebut.
   Terletak kira-kira 25 kilometer dari Seremban atau lima kilometer dari pekan Kuala Pilah, TRUB menawarkan destinasi percutian keluarga dikelilingi kehijauan hutan lipur.Kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan sekitar Seremban atau kampung berhampiran, tetapi ada juga sanggup memandu dari ibu kota ke destinasi ini.





   Pengunjung pasti tertarik dengan keluasan kolam mandi buatan yang boleh memuatkan 100 orang. Ia menarik perhatian pengunjung terutama mereka yang pertama kali datang ke sini.Selain itu, kolam mandi yang lebih selamat untuk kanak-kanak disediakan berhampiran kolam utama sesuai untuk si cilik.Pembinaan kolam berasingan ini memudahkan ibu bapa memantau dan mengawasi anak mereka.

   Bagi yang mahu mandi-manda di kawasan air terjun dan sungai berbatu, mereka hanya perlu berjalan kira-kira 100 meter dari kawasan kolam mandi itu.Jika mahu mandi di jeram yang lebih dalam, mereka boleh menyusuri sungai itu, tetapi harus berhati-hati ketika melalui kawasan berbatu kerana ia agak licin manakala paras airnya lebih dalam.
   TRUB juga menyediakan lokasi perkhemahan sesuai untuk individu atau mereka yang datang secara berkumpulan.Pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya mendaki bukit, meredah hutan, memancing dan menikmati keindahan flora dan fauna.Selepas puas melakukan pelbagai aktiviti, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di gerai di parkir taman rekreasi itu.




MUZIUM NEGERI SEMBILAN
Muzium Negeri Sembilan dibina dalam gaya Minangkabau 
pada tahun 1953 di jalan Sungai Ujong di Seremban.
banyak artifak yang berbaza seperti kraftangan,pakaian tradisional,
ukiran kayu yang unik yang digunakan di keluarga diraja
Royal-Museum-Seri-Menanti







contoh kraftangan yang digunakan
Baskets-Negeri-Sembilan-Craft-Complex
Negeri-Sembilan-Craft-Complex
Negeri-Sembilan-State-MuseumMinangkabau-House-Seremban
contoh pakian tradisional negeri sembiilan

Wednesday 17 October 2012


Santai-santai @ Kolam Air Panas
Wet World Pedas,Negeri Sembilan
inilah tempat yg dicari-cari iaitu kolam air panas


pintu masuk utama Wet World Resort Air Panas Pedas


ini pelan untuk ke kolam air panas

disini tempat untuk pengunjung meremdam kaki tapi tengok larangan yg ditunjuk


antara replika yg ada disini


antara tempat permainan yg ada

permainan bukan di air juga ada (dah mcm fun fair la pulak)






suasana dalam wet world sungguh ramai sekali

inilah tempat bercuti yang sesuai dikalangan semua...
selamat mencuba...

TERATAK ZA'BA


Latar Belakang
Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba) telah dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir Jempol Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 16 September 1895 bersamaan 26 Rabiul Awal 1313 H. Ibunya bernama Intan Awaluddin dari keturunan Bugis yang membuka Kampung Linggi ketika itu. Bapanya terkenal di kampung beliau kerana pengetahuan agamanya dan beliau satu-satunya penduduk yang tahu membaca dan menulis huruf Melayu tidak berbaris, kini disebut sebagai tulisan Jawi




Tuesday 16 October 2012

Hutan Lipur Lata Kijang ,Negeri Sembilan



 



v  Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha.
v  Hutannya adalah dari jenis hutan Dipterokarpa Bukit
v  Sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45 km dari pekan Kuala Klawang.
v  Tarikan utama kawasan hutan ini adalah air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan, Gunung Besar Hantu (1462m), Gua Semong dan Gua Harimau, serta perkampungan Orang Asli.
v  Hutan Lipur Lata Kijang menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang.
v  Ia dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna.

              Tempat ini sesuai untuk mereka yang cintakan kehidupan semula jadi kerana ianya kaya dengan kehidupan flora dan faunanya. Kepada pengunjung yang berhasrat untuk membuat penyelidikan, tempat ini begitu strategik sekali kerana kepelbagaian burung, tumbuhan, dan hidupan liar di sini memang tidak dapat dinafikan lagi. Keunikan hutan lipur ini adalah, kebanyakan daripada spesies tumbuh-tumbuhan di sini sukar ditemui di tempat lain.

Muzium Diraja Seri Menanti,Negeri Sembilan

     


Istana Seri Menanti di Kuala PilahNegeri Sembilan ialah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh  lagi, diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.
Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.
Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. . Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.
Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.
Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.
Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.